Hot FM

Wanita berdepan detik cemas kereta ditimbus tebing runtuh



Kontraktor penyelenggaraan giat membersihkan kawasan tebing runtuh di Jalan Limbok, Seremban hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila sebahagian keretanya tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di sebuah kawasan perumahan di Jalan Limbok, Seremban, Negeri Sembilan, petang tadi.

Runtuhan itu berlaku semasa Christine Ratnam dalam perjalanan pulang ke rumah melalui jalan di tebing bukit kawasan berkenaan, dengan tanah dan batu dari tebing yang runtuh itu menimpa kiri bahagian belakang Myvi yang dipandunya.

Anak saudara Christine, Sri Vythalingam menceritakan kejadian itu kepada pemberita dengan berkata, Christine terus memberhentikan kenderaan dan keluar menyelamatkan diri.

“Ada sebuah rumah banglo di bahagian atas tebing bukit itu, memang ada kerja pembinaan dijalankan di kawasan itu dan tebing itu mungkin runtuh susulan hujan lebat sejak 5 petang tadi,” katanya kepada Bernama.

Sri berkata, pemilik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version