Menerusi video tersebut, kelihatan si isteri berkongsi perbualan mesej di WhatsApp di antara dia dan suaminya.
Pada awalnya si suami memberitahu adakah dia berminta untuk membeli kancil berharga RM800 yang dijual oleh seseorang.
Si isteri tanpa memikir panjang terus mengiyakannya kerana kereta itu murah dan senang untuk dia bawa ke mana-mana. Wanita itu kemudian bertanya adakah benar harganya sebegitu ataupun ia adalah scammer.
Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah suaminya kemudian menunjukkan sebab sebenar kereta itu dijual. Rupa-rupanya sebelah bahagian kereta tersebut sudah pun rosak dilanggar.