Dengan wujudnya nama, maka seseorang itu boleh dikenali dan begitu juga nasabnya diketahui dengan mudah.
Bayangkan jika nama tidak wujud pada seseorang, pelbagai urusan duniawi menjadi sukar dan mustahil seseorang itu dapat hidup dalam keadaan normal.
Tetapi lain pula ceritanya apabila seorang wanita ini memiliki nama terpanjang di dunia yang terdiri daripada 1,019 huruf kembali tular di media sosial. Malah, dia turut mempunyai sijil kelahiran sepanjang dua kaki (0.6 meter).
Menurut laporan Mirror Online, Sandra Williams yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat (AS) memberitahu bahawa dia memutuskan untuk memberi nama unik kepada anak perempuannya yang dilahirkan pada 12 September 1984.
Ketika lahirnya bayi berkenaan pada tarikh itu, dia telah memberikan nama “Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams” pada sijil kelahirannya.