

Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang wanita membayar RM900,000 kepada bekas ibu mentuanya selepas memutuskan jumlah itu adalah sebahagian daripada pinjaman perumahan RM1.2 juta, bukannya hadiah.
Hakim Jamhirah Ali membenarkan saman yang difailkan oleh Tamil Selvi Muruggapan dan memutuskan satu ‘kes yang jelas dan konsisten’ telah dikemukakan di mana RM1.2 juta tersebut merupakan pinjaman jangka pendek bersyarat.
Tamil Selvi, 66, menyaman bekas menantunya Mogana Sivaraman, 44, pada 2021 bagi menuntut pemulangan RM1.2 juta.
Bagaimanapun, mahkamah hanya memerintahkan Mogana membayar RM900,000 selepas Tamil Selvi bersetuju untuk menuntut baki daripada anak lelakinya, MR Alagu Ganeshan, yang juga bekas suami Mogana.
Hakim turut menolak tuntutan balas Mogana terhadap Tamil Selvi dan Alagu.
Mogana…