
KUALA LUMPUR: Angkara hutang rakan suami dalam urus niaga dadah, seorang wanita berdepan detik cemas apabila diculik hampir 10 jam dalam kejadian di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Sentul, Isnin lalu.
Ketua Polis Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata dalam kejadian 5 petang itu, mangsa berusia 30 tahun dilarikan empat suspek berusia 25 hingga 31 tahun termasuk seorang wanita yang menuntut bayaran tebusan RM100,000 daripada suami mangsa.
“Menurut saksi kejadian, wanita itu dilarikan dengan ditarik masuk ke dalam kereta jenis Perodua Myvi sebelum suami mangsa membayar wang tebusan RM45,000.
“Bertindak atas maklumat, pada 3 pagi (Selasa), sepasukan anggota polis Cawangan D9 IPD Sentul menahan lima individu termasuk seorang wanita di dua lokasi berasingan di Bukit Damansara dan Sentul dan berjaya menyelamatkan…