Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wanita didakwa subahat culik ahli perniagaan, minta tebusan RM20 juta

today10 November 2024

Background


mahkamah sesyen majistret johor bahru
Seorang suri rumah, Chan Wan Kooi, 57, didakwa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan bersubahat melakukan penculikan bagi tujuan menuntut wang tebusan RM20 juta. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang suri rumah didakwa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan bersubahat melakukan penculikan bagi tujuan menuntut wang tebusan RM20 juta, bulan lalu.

Tertuduh, Chan Wan Kooi, 57, faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Hazeelia Muhammad, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan subahat jenayah dengan Chong Shih Ming, Luong Van Tung dan Tran Van Chung, menculik seorang lelaki berusia 59 tahun dengan tujuan menuntut wang tebusan RM20 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Straits View kira-kira 5 pagi, 13 Oktober lalu.

Dakwaan terhadapnya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post