
BUKIT MERTAJAM: Polis menyelamatkan seorang wanita dikurung dan dipercayai akan dihantar ke sebuah negara jiran untuk bekerja dengan sindiket penipuan, dari sebuah rumah di Taman Sanctuary, Machang Bubok, Rabu lepas.
Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Tan Cheng San berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat seorang wanita 22 tahun dikurung di rumah itu sejak beberapa hari oleh sindiket pemerdagangan manusia.
“Serbuan pada 5.45 petang itu menahan seorang lelaki berusia 34 tahun sebelum menyelamatkan wanita berkenaan.
“Siasatan awal mendapati lelaki itu yang bekerja sendiri, sedang menguruskan mangsa untuk dihantar ke negara jiran bagi bekerja sebagai operator dengan satu sindiket penipuan dalam talian,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, polis turut merampas dua kereta, sebuah komputer riba…