Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman dashcam seorang pemandu kereta yang sedang mencari parkir di mall dipaparkan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila semasa pemandu itu dapat parkir dan hendak meletakkan keretanya, ternyata terdapat seorang wanita yang berdiri dan tidak memberi pemandu itu parkir.
Wanita itu dengan selambanya mengecop parkir untuk keluarganya. Dia juga melambai menandakan bahawa parkir itu sudah ada yang punya.