Hot FM

Wanita Iran dan anak terlepas hukuman gantung kerana edar dadah



Abbas Zadehaghdahloo Sholeh dan Azadegan Golara terlepas hukuman gantung atas tuduhan mengedar dadah disebabkan salah arah oleh hakim perbicaraan.

PUTRAJAYA: Seorang wanita warga Iran dan anak perempuannya, yang datang sebagai pelancong sembilan tahun lalu, terlepas hukuman gantung atas tuduhan mengedar dadah jenis metamfetamin, disebabkan salah arah oleh hakim perbicaraan.

Abbas Zadehaghdahloo Sholeh dan Azadegan Golara sebaliknya didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan atas tuduhan memiliki dadah.

Abbas, 54, dan Azadegan, 33, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana memiliki 1.9kg dadah yang disembunyikan dalam bagasi.

Azadegan dijatuhi satu lagi hukuman penjara 20 tahun kerana memiliki 2.9kg metamfetamin yang disembunyikan di dalam bagasi lain.

Bagaimanapun, panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat memerintahkan hukumannya dijalankan serentak, bermakna dia hanya akan dipenjarakan selama 20…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version