
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM90,000 terhadap seorang bekas pembantu tadbir sebuah maktab atas dua pertuduhan memperdagangkan bayi 13 bulan serta memalsukan dokumen kelahiran pada 2020.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Nurul Faizan Ahmad Asri, 40, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Beliau membenarkan penangguhan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, tetapi mengarahkan tertuduh membayar denda hari ini.
Azura dalam penghakimannya berkata, berlaku pemindahan milikan antara ibu kandung bayi dan seorang saksi yang membuktikan inti pati kes bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Katanya, pembelaan tertuduh bahawa pemindahan milikan…