Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Wanita Kesal Dilanggar Pemandu Mabuk Tak Bertanggungjawab

today6 March 2025

Background


Menerusi perkongsiann di Facebook, ketika kejadian, wanita berkenaan dalam perjalanan dari rumah di Semenyih ke tempat kerja di Hospital Shah Alam,di antara jam 6.10 pagi hingga 6.15 pagi.

Tiba-tiba, keretanya dirempuh dari arah belakang dan kereta tersebut menghentam sebelah kanan depan keretanya.

Menurutnya, paramedik kemudian datang untuk membantunya dan memberitahu bahawa pemandu tersebut mabuk.

“Saya mengalami sakit belakang akibat hentakan kuat. Dahlah ada Slipped Disk, bertambah sakit belakang saya.

“Menurut paramedik, pemandu mabuk (berdasarkan gaya percakapan & bau) dan hanya mengalami luka di dahi,” tulisnya.

Semasa dia membuat laporan, pemandu tersebut belum hadir membuat laporan.

Menurut polis, biasanya dalam kes sebegini pemandu mabuk hanya akan datang 2-3 hari selepas kejadian dan bacaan alkohol tidak dapat dikesan atau pemandu mabuk tersebut akan membuat laporan dengan menyatakan beliau memandu dalam keadaan mabuk dan tidak sedar mengakibatkan kemalangan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post