
TENOM: Seorang wanita memberitahu Mahkamah Majistret beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, mengenai gangguan seksual pendakwah itu pada April 2021 namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.
Bagaimanapun, wanita berusia 40-an itu, yang merupakan saksi pendakwaan kesembilan dan pengadu dalam kes berkenaan, berkata beliau kemudian nekad membuat laporan polis pada Ogos tahun sama dengan bantuan sebuah pertubuhan bukan kerajaan selepas berita gangguan seksual seorang pendakwah terkenal yang mengaitkan nama Ebit tersebar sekitar Julai.
Beliau memaklumkan demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.
Saksi itu juga memberi penjelasan mengenai jawapan ‘tidak…