Menerusi video yang dimuat naik oleh @mamamokklu, kelihatan dia berkongsi pengalamannya semasa ingin membuat check up di satau satu cawangan klinik kesihatan kerajaan.
Menurutnya, dia merasa sangat kecewa apabila terpaksa berurusan dengan jururawat yang bersikap tidak profesional melayan ibu-ibu mengandung.
Malah, seorang lagi wanita di ruangan komen berkongsi pengalaman pahitnya semasa di wad bersalin dan sedang menahan sakit contraction.
Dia diperli oleh nurse di sana yang berkata dia mengada. Bukan itu saja, nurse itu juga siap membuka cerita dalam selimut dan menyamakan sakit contraction itu dengan saat ‘bersama’ suami.
