Sesetengah keluarga besar pula ada yang mengamalkan tradisi turun temurun setiap kali menerima ahli baru untuk mengenali mereka dengan lebih rapat.
Seperti apa yang dikongsi oleh seorang wanita ini apabila dia memuat naik video di TikTok memaparkan keluarganya membuat ‘Majlis Panggil Menantu’ sebaik saja selesai majlis persandingan pengantin telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video berdurasi 1 minit 29 saat itu, kelihatan pasangan pengantin baru tersebut tiba di sebuah rumah untuk menghadiri ‘Majlis Panggil Menantu’.
Apa yang menariknya, semua ahli keluarga sudah berkumpul terlebih dahulu sambil menanti ketibaan pasangan mempelai.
Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk menguji sejauh mana menantu mengenali keluarga besar mereka. Pelbagai soalan akan ditanya oleh pak cik dan mak cik. Kemudian, pengantin akan menerima duit dan hadiah daripada ahli keluarga yang lain.
“Soalan berkaitan keluarga Hamshi akan di tanya pada pasangan pengantin (orang baru) pasangan…