Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Wanita Kongsi Video Ayah Masih ‘Pick Up’ Bawa Payung Masa Hujan Undang Sebak Ramai

today12 June 2024

Background


Ayah merupakan insan yang sentiasa melindungi anak-anak di mana jua mereka berada. Walaupun mereka ini jarang menunjukkan kasih sayang, tetapi mereka lah orang yang paling risaukan keadaan keluarga.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita merakam ayahnya datang mengambilnya di stesen bas ketika hujan telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan pak cik itu meredah hujan ebat sambil membawa payung untuk anaknya yang sedang menunggu di stesen bas.

Wanita itu terharu dengan pengorbanan dan kasih sayang ayahnya, walaupun sudah tua tetapi masih memikirkan keadaan si anak dan tidak mahu dia kesusahan.

“Hampir 30 dan sudah menjadi ibu, tetapi ayah masih menjemput saya dengan payung di stesen bas bila hujan. Dia basah kuyup. Dia menyuruh saya jaga langkah kerana jalan licin dan saya hamil,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post