Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang merupakan peniaga makanan berkongsi rasa kecewanya.
Difahamkan, dia pada hari tersebut perlu menghantar makanan ke rumah salah seorang pelanggannya.
Namun, setibanya di situ dia meminta pelanggannya itu untuk membuat bayaran sebelum diberi kerana itu memang peraturannya.
Tetapi, pelanggan itu tidak memberi respon untuk membuat bayaran membuatkan dia terpaksa menunggu di situ sehingga 37 minit.
Perkara itu membuatkan dia merasa kecewa kerana dia juga perlu menghantar makanan ke rumah pelanggan yang lain pula.