Sharala juga merupakan bekas graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpengalaman luas dalam bidang telekomunikasi melebihi 15 tahun dan kini beliau memfokuskan usahanya untuk mendepani transformasi organisasi berpandukan data di rantau Asia Tenggara.
Tambahan lagi, beliau kini dilihat sebagai antara individu dalam bidang IT yang disegani di rantau ini dan seringkali dijemput untuk memberikan ucapan dan khidmat perundingan mengenai bidang ini seperti kepentingan pengoperasian organisasi berpandukan data dan juga kepentingan wanita melibatkan diri dalam bidang STEM.
Sharala turut mengambil inisiatif untuk mengasaskan CADS pada tahun 2015 untuk memberikan solusi berteraskan AI kepada organisasi-organisasi yang beroperasi di rantau Asia Tenggara. Malah, CADS merupakan satu-satunya penyedia platform berintegrasi sehenti Sains Data di rantau ini.
Selain itu, beliau juga telah bekerjasama bersama saintis data terulung dunia untuk membawa program-program Pusat Sains Data di…