Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wanita mati dalam tahanan reman

today16 December 2023

Background


Seorang wanita yang direman di lokap Balai Polis Kuah sejak Selasa lepas, meninggal dunia pagi tadi selepas mengadu tidak sihat. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang ditahan atas kesalahan dadah meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi pagi tadi selepas mengadu tidak sihat semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Azri Ahmad, berkata wanita berusia 34 tahun itu direman di lokap Balai Polis Kuah, IPD Langkawi sejak Selasa lepas untuk siasatan lanjut.

“Semalam pada 8.05 malam wanita itu mengadu tidak sihat dan terus dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan, dan ditahan di wad,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pada 7.30 pagi tadi wanita itu disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya, dan proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar esok.

Beliau berkata kejadian itu akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam Tahanan, JIPS.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Karier berakhir jika rayuan ditolak – Simona

London: Simona Halep tidak pasti sama ada dia akan bermain semula jika Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) tidak mengekalkan rayuannya terhadap penggantungan doping selama empat tahun, kata bekas pemain nombor satu dunia dari Romania itu.

today16 December 2023