Dek kerana bengang dengan insiden yang berlaku, wanita berkenaan kemudian bertindak ‘naik tangan’ pada pemandu teksi lelaki warga emas itu sehingga kopiahnya terjatuh ke atas jalan raya.
Apa yang memilukan adalah pemandu teksi itu dilihat mengutip semula kopiah tersebut dan mendengar kata-kata marah yang dilemparkan wanita berkenaan. Malah, dia juga dilihat tidak melawan.
Video itu telah mendapat perhatian ramai yang berpendapat sepatutnya wanita terbabit tidak patut membuat tindakan berkenaan. Seeloknya berbincang agar masalah dapat diselesaikan.

Namun, sehingga kini masih tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu kejadian itu berlaku.