Hot FM

Wanita rentung tersepit dalam kereta terbakar


Anggota bomba memadam kebakaran sebuah kereta di jejambat Jalan Sibu-Bintulu, Selangau. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:

Seorang wanita rentung selepas kereta dipandunya terbakar di jejambat Jalan Sibu-Bintulu, Selangau.

Mangsa dikenal pasti sebagai Simbut Sigai, 49, yang ditemui tersepit di tempat duduk pemandu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selangau bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.22 malam tadi.

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati sebuah kereta sedan terbakar membabitkan bahagian enjin dan hadapan kenderaan.

“Maklumat awal diterima memaklumkan terdapat seorang mangsa terperangkap dalam kereta terbabit,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, anggota bomba segera memadamkan api sebelum meneruskan operasi menyelamat mangsa tersepit.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.”

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version