
SHAH ALAM: Seorang wanita pesara syarikat swasta di Subang Jaya menanggung kerugian RM3.839 juta selepas menjadi mangsa sindiket “phone scam” dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kes jenayah aktiviti pengubahan wang haram.
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata wanita berusia 70 tahun itu menerima panggilan telefon dari nombor tidak dikenali pada November tahun lalu dan memperkenalkan diri sebagai pegawai syarikat insurans serta menyatakan terdapat tuntutan insurans dibuat menggunakan nama pengadu.
“Pengadu menafikan yang beliau ada membuat tuntutan insurans tersebut. Panggilan kemudian telah disambungkan kepada pihak polis dan polis menyatakan nama pengadu terlibat dalam kes jenayah aktiviti pengubahan wang haram dan pengadu boleh ditangkap,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pemanggil…