
IPOH: Seorang mangsa sindiket penipuan panggilan telefon atau “phone scam” direkodkan di Perak membabitkan kerugian RM381,950.
Ketua Polis Perak, Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan seorang wanita tempatan berusia 57 tahun yang juga pengurus projek syarikat swasta di Taiping semalam, selepas menyedari dirinya ditipu.
Katanya, mangsa dimaklumkan suspek terdapat satu bungkusan mengandungi kad pengenalan, pasport, kad ATM dan 100 keping wang palsu atas namanya yang dihantar kepada individu tidak dikenali di Sarawak pada 11 Ogos lalu.
“Mangsa telah bercakap dengan suspek yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat inspektor, kononnya hasil semakan mereka mendapati mangsa terlibat kes menjual akaun bank peribadi kepada penama tak dikenali dengan nilai RM20,000.
“Selepas itu,…
