Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wanita rugi RM95,180 terpedaya urusan kurang hukuman mahkamah

today30 January 2025

Background


hussein omar khan
Hussein Omar Khan berkata siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SHAH ALAM: Seorang wanita mengalami kerugian RM95,180 selepas terpedaya dengan tawaran bantuan untuk mengurangkan seksyen hukuman yang dihadapi suaminya di mahkamah.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata mangsa yang berusia 33 tahun dan bekerja di sebuah syarikat penerbangan itu bertemu dengan suspek, seorang wanita, pada Disember 2024, yang menawarkan bantuan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek telah beberapa kali berjumpa mangsa dan meyakinkannya bahawa dia boleh membantu wanita itu menyelesaikan masalah tersebut.

“Akibat percaya dengan tawaran itu, mangsa bersetuju dan membuat pembayaran berjumlah RM95,180 ke dalam dua akaun bank yang diberikan oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Hussein berkata mangsa kemudian mendapati suspek tidak menunaikan bantuan seperti yang dijanjikan, lalu tampil membuat laporan polis pada Isnin…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Guardiola lega, City berjaya elak penyingkiran

Manchester: Pep Guardiola berkata, Manchester City bersedia untuk bersaing dengan "gergasi" Real Madrid atau Bayern Munich dalam pusingan play-off Liga Juara-Juara (UCL) selepas mengelak dari tersingkir awal dengan kemenangan 3-1 ke atas Club Brugge awal pagi tadi.

today30 January 2025