Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang merakam dirinya bertelekung di depan cermin.
Apa yang lebih mengejutkan adalah kapsyen videonya yang tertulis “telekung harga RM16,000 untuk jumpa Allah, baru rasa tak bersalah pakai beg harga belasan ribu depan kawan”.
Perkara itu mengundang kecaman netizen kerana dia bertindak show off dan sepatutnya dia tidak membuat kapsyen seperti itu.