Jika tidak diajar, kemungkinan mereka akan bersikap biadap dengan sesiapa sahaja dan ia akan memalukan ibu bapa sendiri.
Seperti apa yang terjadi baru-baru ini apabila seorang wanita bertindak menegur seorang budak yang mengacaunya ketika sedang berada di sebuah pusat gym.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @iamkayrashid, kelihatan wanita tersebut sedang work out di gym itu yang terletak di sebelah kolam mandi.
Namun, ada satu insiden yang membuatnya bengang dan bertindak menegur seorang budak yang berada di luar gym.