Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wanita tunjuk jari tengah, ludah polis direman 2 hari

today1 January 2026

Background


Serang ludah kereta polis
Video tular seorang wanita menunjukkan isyarat jari tengah dan meludah ke arah anggota polis dalam kejadian di Alor Setar kelmarin.
PETALING JAYA:

Seorang wanita direman dua hari kerana mencetuskan kekacauan, menunjukkan isyarat lucah dan bertindak agresif terhadap anggota polis di Mergong, Alor Setar, kelmarin.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Alor Setar, Nur Syifa Mohd Hamzah.

Harian Metro memetik Ketua Polis Kota Setar, Syed Basri Syed Ali sebagai berkata, suspek berusia 34 tahun itu direman mulai hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 298, 353 dan 509 Kanun Keseksaan.

Semalam, media melaporkan seorang wanita tempatan ditahan kerana dipercayai bertindak agresif, memaki hamun dan menunjukkan isyarat lucah terhadap anggota polis di Mergong.

Terdahulu, polis menerima panggilan orang awam memaklumkan seorang wanita dipercayai kurang siuman bertindak menumbuk seseorang di sebuah syarikat di Mergong.

Susulan itu, dua anggota polis yang tiba di lokasi mendapati…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post