

Wanita Umno perlu lebih berani membawa suara wanita dan keluarga, memahami keresahan rakyat, mendekati generasi baharu dan menjadi jambatan dalam membina semula serta memperkukuh keyakinan rakyat terhadap Umno, kata Presiden Zahid Hamidi.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, peranan Wanita Umno perlu terus berkembang selari dengan perubahan medan perjuangan masa kini, memandangkan sayap itu sentiasa menjadi kekuatan utama yang menggerakkan parti merentasi pelbagai zaman sama ada ketika mengecap kemenangan mahupun berdepan ujian.
“Daripada satu generasi ke satu generasi, semangat perjuangan itu terus diwariskan. Ia hidup di setiap negeri, bahagian dan cawangan, serta paling penting, berakar kukuh di tengah masyarakat.
“Wanita Umno bukan sekadar tulang belakang parti tetapi antara wajah Umno yang…