Seorang wanita warga China ditahan polis pada Rabu lalu selepas menceroboh Depoh Tunda Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Melawati untuk membawa lari kereta tanpa membayar denda.
Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, kakitangan MPAJ yang berada di depoh itu didatangi wanita warga China berusia 45 tahun.
Beliau berkata, wanita itu kemudian mengambil…
