Pelakon Wanna Ali bakal menimang cahaya mata yang pertama setelah hampir setahun melayari bahtera perkahwinan.
Artikel Berkaitan: ‘Memang Susah Nak Cari Lelaki Provider, Good Luck Kepada Wanita Di Luar Sana’ – Wanna Ali
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Beri Izin Wanna Ali Terus Berlakon, Letak Syarat Tak Boleh Bawa Watak Bersentuhan Berlebihan
Cahaya mata sulung
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali meluahkan rasa syukur atas kehidupannya yang disusun rapi oleh tuhan.
Difahamkan, pelakon drama ‘Bukan Sekadar Lafaz’ itu bakal melahirkan anak sulungnya lebih kurang tiga bulan dari tarikh berita gembira yang dikongsi pada Khamis.
Dalam tempoh setahun lebih saja. Allah tulis semula hidup saya.
Dari merisik, tunang, bernikah dna kini cinta kecil kami sedang membesar dalam rahim saya.
25 minggu mengandung hasil cinta kami dan tinggal 3 bulan lagi sebelum ia bukan lagi hanya tentang saya dan awak tapi tentang…
![[VIDEO] Wanna Ali Hamil Anak Sulung, Syukur Dengan Aturan Allah](https://assets.hotfm.audio/2026/01/wanna-ali-3-1170x658.jpg)