Menerusi video penuh di YouTube mereka, kelihatan dua orang warga Amerika ketika itu sedang menjalani shooting podcast berdekatan sebuah tempat di Abu Dhabi.
Difahamkan, ketika itu mereka sedang membincangkan mengenai persembahan di Super Bowl Halftime Show baru-baru ini.
Namun, ketika mereka asyik membincangkannya, kendengaran laungan azan dari jauh. Mereka kemudian meluahkan rasa terujanya dan cuba mencari di internet mengenainya.
Malah, mereka menganggap ia adalah suara indah dan menakjubkan yang mereka dengar.
“Dari mana suara itu datang? Ia sangat indah dan menakjubkan,” ujar mereka.