
PETALING JAYA: Seorang warga Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Langkawi hari ini terhadap pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah dalam komputer riba, Februari lalu.
Tertuduh, David Matthew Frahm, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Helmi Ghani, menurut Harian Metro.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah di dalam komputer riba di sebuah kediaman di Chogm Villa, Jalan Seri Legenda, 7.10 malam pada 15 Feb lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum lima tahun…