
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh bertindak nekad dengan bergayut di jeriji balkoni rumahnya di tingkat 10 sebuah pangsapuri di Segambut ketika cuba melarikan diri ketika serbuan oleh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur (JIMKL) awal pagi tadi.
Lelaki berumur 40an itu bagaimanapun berjaya ditarik ke lokasi selamat oleh anggota Imigresen yang melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan sebelum ditahan kerana dokumen perjalanannya telah tamat tempoh serta tidak mempunyai pas pekerja.
Dia merupakan antara 18 pendatang tanpa izin termasuk seorang kanak-kanak lelaki yang ditahan dalam serbuan di pangsapuri itu.
Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata mereka yang ditahan berumur antara dua tahun hingga ke 60 tahun…