Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga asing cuba samun kedai aiskrim diberkas

today16 August 2024

Background


Warga asing cuba samun kedai aiskri
Terdahulu, tular rakaman CCTV menunjukkan kejadian seorang pekerja kedai aiskrim dicederakan dengan pisau pemotong kertas dalam satu cubaan samun Isnin lepas.

PETALING JAYA: Polis hari ini menahan seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kes samun di sebuah kedai aiskrim di Taman Sri Muda, Shah Alam, awal minggu ini.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira 4.15 petang tadi di sebuah pangsapuri di Puncak Alam, menurut Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim.

Polis turut merampas senjata dan pakaian yang dipercayai digunakan semasa melakukan jenayah tersebut, tambahnya.

“Suspek akan direman di Mahkamah Shah Alam pagi esok,” katanya, lapor Bernama.

“Polis percaya telah berjaya menyelesaikan kes samun tersebut dengan tertangkapnya suspek.”

Kes disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda, atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian seorang pekerja…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post