Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga asing cuma bantu budak naik tangga bergerak, bukan culik, kata polis

today29 March 2024

Background


Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata tindakan dua warga asing mengangkat kanak-kanak itu menimbulkan rasa panik selepas tangga bergerak rosak.

PETALING JAYA: Dua warga asing didakwa cuba menculik disahkan polis cuma mahu membantu kanak-kanak berusia 19 bulan itu menaiki tangga bergerak, dalam kejadian di sebuah pasar raya berdekatan Klang Sentral, Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata siasatan mendapati berlaku salah faham mengenai kejadian itu selepas pihaknya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya tersebut.

“Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa bersama ibu dan ibu saudaranya menaiki tangga bergerak yang ketika itu rosak dan mangsa dilihat sukar menaiki tangga itu.

“Kebetulan dua lelaki warga asing itu turut berada berdekatan mangsa dan mereka mengangkat mangsa dengan tujuan membantu bagaimanapun perbuatan itu disalah erti ibu mangsa yang menyangka bahawa anaknya itu cuba dilarikan,” katanya menurut Harian Metro pada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post