Site icon Hot FM

Warga asing maut langgar bongkah, bukan ditimpa batu


bongkah batu
Exco Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata kanvas telah dipasang untuk mengelak batu dari terjatuh terus ke jalan raya sebagai penyelesaian jangka masa pendek. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Buruh warga asing yang maut di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang bukan meninggal dunia ditimpa batu, sebaliknya melanggar batu seberat 50kg yang jatuh lebih awal dari lereng bukit.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari, berkata hasil kajian turut mendapati bongkah batu itu dipercayai bergolek dari permukaan cerun dan berlanggar dengan bongkah lain di longkang bahu jalan, sebelum sepenuhnya jatuh di permukaan jalan.

“Berdasarkan kesan batu pecah dan kedudukan mangsa, mangsa disyaki berlanggar dengan batu yang telah jatuh lebih awal. Bukan dihempap batu seperti yang dilaporkan,” katanya menurut Bernama.

Dalam kejadian pada 12.45 pagi Jumaat lalu, polis berkata lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version