Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Warga Asing Tidak Boleh Bekerja Di Bazar Ramadan, Peniaga Akan Disita Jika ‘Kantoi’

today18 February 2025

Background


Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, pemegang lesen terbabit juga akan disenarai hitam dan tidak dibenarkan lagi memohon menjaja di mana-mana bazar Ramadan di Negeri Sembilan.

Katanya, pihak berkuasa tempatan tidak akan teragak-agak untuk melakukan sitaan serta-merta sekiranya peniaga tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

“Kita tidak benarkan peniaga kaya yang menggajikan warga asing di bazar Ramadan, ia untuk peniaga kecil tempatan bagi menjana pendapatan tambahan sempena kehadiran Ramadan.

“Kita memberi amaran ini bukan sahaja kepada peniaga malah penganjur bazar Ramadan dan sekiranya pihak berkuasa mengesan kehadiran peniaga warga asing di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini, tindakan akan dikenakan.

“Objektif utama bazar Ramadan adalah untuk memberi ruang kepada peniaga kecil mencari sumber pendapatan tambahan sepanjang Ramadan, bukannya untuk warga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Sukan

Rekod Asia Alia tak diiktiraf rekod dunia

Kuala Lumpur: Rekod Asia dalam acara 25 meter (m) pistol wanita yang dicipta penembak berpengalaman negara Alia Sazana Azahari di Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 di Bangkok baru-baru ini, tidak akan dikira sebagai rekod dunia.

today18 February 2025