
IPOH: Seorang pekerja ladang warganegara Bangladesh didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada seorang anggota polis trafik berpangkat sarjan, tahun lepas.
Hakim Ahmad Kamar Jamaludin menjatuhkan hukuman itu terhadap Khan Obaydul, 30, yang mengaku bersalah memberi rasuah sebanyak RM50 kepada anggota polis berkenaan sebagai balasan untuk melepaskannya daripada diambil tindakan undang-undang kerana tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal.
Khan Obaydul yang memakai baju merah mengangguk sewaktu pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Jalan Kampung Muhibbah, Ayer Tawar, dalam Daerah Manjung lebih kurang 2 petang pada 11 Mei…