Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga China rugi RM2.6 juta terpedaya ‘AP’ Musang King

today15 October 2024

Background


Polis berkata, syarikat mangsa belum menerima Musang King sejuk beku yang dijanjikan, selepas sebulan memindahkan RM2.6 juta ke akaun bank milik sebuah syarikat berdaftar di Malaysia atas arahan suspek. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pengurus warga China kerugian RM2.6 juta akibat terpedaya urus niaga import durian Musang King sejuk beku.

Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata mangsa membuat laporan seorang suspek yang juga warga China memperdayanya dengan meyakinkannya boleh menggunakan ‘Approved Permit’ (AP) milik syarikat eksport buah-buahan beralamat di Malaysia.

Menurutnya, suspek mendakwa AP syarikat terbabit perlu digunakan bagi mengeksport Musang King sejuk beku dari Malaysia ke China.

Beliau berkata, mangsa kemudian menemui suspek di China, sebelum bersetuju membeli 3,840 karton Musang King sejuk beku dengan nilai bersamaan RM2.6 juta.

“Pada 5 Julai lalu, transaksi pemindahan wang dilakukan ke satu akaun bank milik syarikat lain berdaftar di Malaysia seperti…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post