Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga emas antara 2 maut ditembak polis di Gurun

today12 December 2022

Background



Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad, berkata polis menemui dua pucuk pistol serta pelbagai peralatan pecah rumah dalam kenderaan dinaiki suspek. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Dua penjenayah termasuk warga emas yang dikehendaki polis maut dalam kejadian berbalas tembak, di Jalan Jeniang-Kalai, dekat Gurun, malam tadi.

Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad, berkata dalam kejadian pada 11 malam itu, kedua-dua suspek dikesan berada dalam kereta berhampiran loji air, dalam keadaan mencurigakan sebelum diarah berhenti.

Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan terus memecut menyebabkan polis terpaksa memintas kenderaan dinaiki kedua-dua suspek.

“Ketika polis mahu membuat pemeriksaan, dua suspek terbabit terus melepaskan tembakan membuatkan berlaku insiden tembak-menembak. Anggota polis terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

“Pemeriksaan mendapati suspek berusia 61 dan 48 tahun itu yang juga lelaki warga tempatan maut akibat ditembak,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post