
PETALING JAYA: Dua penjenayah termasuk warga emas yang dikehendaki polis maut dalam kejadian berbalas tembak, di Jalan Jeniang-Kalai, dekat Gurun, malam tadi.
Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad, berkata dalam kejadian pada 11 malam itu, kedua-dua suspek dikesan berada dalam kereta berhampiran loji air, dalam keadaan mencurigakan sebelum diarah berhenti.
Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan terus memecut menyebabkan polis terpaksa memintas kenderaan dinaiki kedua-dua suspek.
“Ketika polis mahu membuat pemeriksaan, dua suspek terbabit terus melepaskan tembakan membuatkan berlaku insiden tembak-menembak. Anggota polis terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri.
“Pemeriksaan mendapati suspek berusia 61 dan 48 tahun itu yang juga lelaki warga tempatan maut akibat ditembak,”…