
GEORGE TOWN: Orang ramai terpaksa berbaris panjang di luar sebuah pusat vaksinasi di Jalan Pinhorn di sini hari ini untuk mendapatkan dos penggalak Covid-19.
Hampir semua yang beratur adalah warga emas yang terpaksa menunggu sekurang-kurangnya sejam di tepi jalan.
Tiada penjarakan fizikal diamalkan dalam barisan sepanjang 50m itu, dan mereka yang beratur juga perlu mengelak trafik di laluan dua hala itu.
Seorang petugas di pusat itu didengar memberitahu mereka yang beratur bahawa kelewatan itu disebabkan mereka datang tanpa membuat janji temu.
Pertikaian kecil menyusul kerana mereka yang datang untuk menerima vaksin secara “walk in” diminta berpatah balik. Seorang lelaki yang datang tanpa membuat janji temu berkata, beliau menyangka sesiapa sahaja boleh pergi ke mana-mana pusat…