Hot FM

Warga emas berdepan tuduhan kes letupan IED meninggal dunia


letupan ied nilai
Yeoh Hock Sun didakwa melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan bahan letupan yang menyebabkan kerosakan terhadap sebuah kenderaan di Pangsapuri Desa Palma, Nilai. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Warga emas yang berdepan lima pertuduhan kes peranti letupan buatan sendiri (IED) di Nilai pada Disember lalu meninggal dunia malam ini.

Ketua Polis Nilai, Johari Yahya, berkata Yeoh Hock Sun, 63, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada 8.18 malam.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh anggota pengiring Penjara Kajang, Selangor, kepada IPD Nilai pada 8.30 malam.

“Punca kematian ialah ‘refretory shock’, iaitu keadaan renjatan (shock) yang tidak memberi tindak balas walaupun rawatan standard sudah diberikan secara optimum,” katanya menurut Berita Harian.

Pada 9 Jan, lelaki itu mengaku tidak bersalah ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Surita Budin.

Menurut Sinar Harian, prosiding itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version