Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga emas berseluar pendek dilarang masuk Hospital Seberang Jaya

today14 December 2023

Background


Pakaian Lim Thean Heng ketika hendak melawat abang iparnya di Hospital Seberang Jaya pada Isnin lalu.

GEORGE TOWN: Seorang warga emas dilarang melawat abang iparnya di sebuah hospital kerajaan dan diberikan ceramah mengenai Rukun Negara kerana berseluar pendek.

Lim Thean Heng, 72, memakai baju T, berseluar atas lutut dan berkasut sukan ketika tiba di Hospital Seberang Jaya petang Isnin lalu.

“Saya terkejut. Saya tanya pengawal keselamatan apa masalah berseluar pendek? Saya tidak diberikan penjelasan dan dilarang masuk,” kata jurutera bersara itu kepada FMT.

Lim berkata, beliau kemudian ditunjukkan infografik kod pakaian pelawat hospital, yang melarang seluar pendek, skirt pendek dan baju tanpa lengan.

Beliau kemudian membangkitkan perkara itu di kaunter aduan hospital, di mana seorang pegawai memaklumkan akan menggunakan budi bicaranya dan membenarkan dia masuk “hanya untuk kali ini”.

“Saya kata tak patut ‘hanya untuk kali ini’ saja, tetapi selamanya,” kata Lim.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Predeep Nambiar


Previous post