Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga emas disamun 3 bersenjata taser

today29 January 2025

Background


IPD Johor Bahru Utara
Orang ramai yang punyai maklumat mengenai kes samun oleh kumpulan bersenjatakan taser diminta hubungi IPD Johor Bahru Utara. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga emas cedera ringan di kepala dan mengalami kerugian dianggarkan RM1,500 selepas disamun tiga lelaki bersenjatakan alat perenjat elektrik (taser) di sebuah rumah di Taman Skudai Baru, Isnin lepas.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, berkata ketika kejadian pada 8.06 malam itu, mangsa berusia 60 tahun didatangi oleh suspek yang menunggang dua motosikal di luar pagar rumah.

“Seorang daripada suspek bertindak menarik beg tangan mangsa sambil mengacukan senjata disyaki taser untuk memaksa mangsa menyerahkan beg tangannya dan berlaku pergelutan hingga mangsa terjatuh.

“Suspek kemudian berjaya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan.

Balveer Singh berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan secara berkumpulan dan menggunakan senjata, dan Seksyen 6(1)…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post