Hot FM

Warga emas hilang 3 hari selepas keluar ke kebun



Polis berkata, operasi mencari dan menyelamat Painah Siwan akan diperluaskan melebihi parameter warga emas itu dilaporkan hilang. (Gambar PDRM)

BATU PAHAT: Seorang warga emas berusia 79 tahun dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang, di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kehilangan Painah Siwan daripada anaknya pada 11 malam Rabu lalu.

“Anaknya memaklumkan Painah tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kebun sejak 3.30 petang Rabu.

“Usaha pencarian awal telah dilakukan polis dari Balai Senggarang, keluarga dan penduduk kampung, tetapi warga emas itu masih gagal ditemui,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diperluaskan melebihi parameter warga emas itu dilaporkan hilang.

Katanya, 187 pegawai dan anggota polis, termasuk dari Batalion 6 Pasukan Gerakan Am…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version