Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga emas lumpuh ditemu rentung dekat pintu bilik

today12 February 2024

Background


Bomba menemukan mayat warga emas itu dalam keadaan rentung selepas hampir empat jam dalam operasi pemadaman. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Warga emas lumpuh rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Kampung Baru, Ayer Tawar, Manjung malam tadi.

Mangsa, Loo Leng Wion, 90, ditemukan oleh anggota penyelamat selepas hampir empat jam operasi pemadaman.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad, berkata anggota dari Balai Bomba Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada 11.41 malam.

“Setibanya jentera di lokasi, didapati kebakaran membabitkan kedai dua tingkat. Kebakaran dianggarkan kira-kira 70%.

“Seorang mangsa dijumpai pada 3.35 pagi berdekatan dengan pintu bilik di tingkat atas dan disahkan maut oleh pegawai kesihatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post