
Seorang wanita warga emas maut selepas bot yang dinaikinya terbalik akibat terlanggar tunggul kayu di sekitar Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, petang semalam.
Ketua Polis Hulu Terengganu, Sharudin Abdul Wahab, berkata mangsa Wan Esah Wan Daud, 63, dari Felda Chiku, Kelantan datang ke Tasik Kenyir untuk bercuti di rumah bot bersama-sama 27 ahli keluarga.
“Pada 11 pagi semalam, mangsa menaiki rumah bot dari Tasik Kenyir menuju ke Taman Negara. Ketika sampai di lokasi kejadian kira-kira 4 petang, mangsa dan tiga ahli keluarga turun dari rumah bot yang diparkir di Gua Bewah untuk bersiar-siar dengan menaiki bot sebelum terlanggar tunggul kayu.
“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam air dan terperangkap di bawah bot. Mangsa berjaya diselamatkan ahli keluarga lain dan dibawa ke…