
Seorang warga emas maut terkena tembakan senapang patah buatan sendiri ketika memburu bersama enam rakannya di kawasan hutan Tebu Hitam, Rompin, Ahad lalu.
Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan insiden yang menimpa lelaki 62 tahun itu pada hari sama.
“Ketika kejadian, senapang patah buatan sendiri itu dikatakan meletup dan terkena jari kelengkeng tangan kanan lelaki itu sebelum kena sisi dada sebelah kanannya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Menurutnya, hasil bedah siasat oleh Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini semalam mendapati punca kematian akibat kecederaan tembakan pada dada dan kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR).
Beliau berkata, enam lelaki berusia 35 hingga 67 tahun, termasuk seorang Orang Asli ditahan kerana disyaki terbabit…