Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga emas maut ketika tukar tayar pancit

today18 November 2024

Background


Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di lokasi, dalam kejadian KM5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam. (Gambar Facebook)

SHAH ALAM: Lelaki warga emas maut ketika berhenti menukar tayar keretanya yang pancit dalam kejadian di KM5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim, berkata dalam kejadian pada 12.30 tengah hari itu, mangsa maut dilanggar kenderaan pacuan empat roda yang berhenti di belakang keretanya selepas sebuah bas merempuh pacuan empat roda berkenaan.

“Mangsa warga tempatan berusia 65 tahun itu sedang mengambil tayar ganti di but belakang keretanya, manakala kenderaan pacuan empat roda berkenaan berhenti untuk membantu mangsa.

“Kemalangan ini mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini dari sebuah hospital di ibu negara dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post