Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Warga emas mengaku tak salah cabul kanak-kanak

today31 October 2023

Background


Tertuduh, Mohd Yunos Samad, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar atas dakwaan mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, minggu lalu. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen Muar hari ini kerana mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dalam kejadian di Kluang, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Yunos Samad, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, lapor Harian Metro.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Kluang antara 1.30 hingga jam 2 petang, 22 Oktober lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh yang menghidap angin ahmar diwakili A Abrahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters